Monday, 9 May 2011

RAHSIA IBLIS Part 4

 part 3..klik here

Soalan Nabi ke 9

Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada kamu?

Jawab Iblis 
Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba.Tiada upaya hamba melawan mereka dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.
Kerana tuan sendiri telah berkata yang
Sahabat2ku adalah seperti bintang dilangit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.

 Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampirinya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan,

  "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan..

Barangsiapa menulis Bismillahirrahmanirrahim pada kitab atau kertas dengan dakwat merah,niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. 

Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala.

 Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata
Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.
Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10

Bagaimana tipudaya kamu kepada umatku?

Jawab Iblis
Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama
 yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s
 Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.
Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hala dia ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.

 Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.

Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut  harta dunia, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur.

 sambung part 5..klik


No comments:

Post a Comment