Soalan Nabi ke 23
"Hai Iblis! Siapa pula yang dekat dengan kamu?"
Jawab Iblis
"Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"
Soalan Nabi ke 24
"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan kamu?"
Jawab Iblis
"Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik.
Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu.
Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya.
Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."
Soalan Nabi ke 25
"Hai Iblis! Di mana tempat tinggal kamu?"
Jawab Iblis
"Dalam rumah2 berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagai didalam nya.
Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada kerja syirik itu
Sudah ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat....menunjukkan betapa tipis iman dan pengetahuan mereka"
Soalan Nabi ke 26
"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan kamu?"
Jawab Iblis
"Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpama yang bercampur pemuda dan pemudi"
No comments:
Post a Comment