Sunday, 8 May 2011

RAHSIA IBLIS Part 2


klik sini..part 1..

Soalan Nabi pertama

"Hai Iblis! siapakah musuh utama kamu dan bagaimana aku terhadap kamu?"


Jawab Iblis

"Ya Nabi Allah!

Tuanlah musuh hamba yang paling utama di antara segala musuh hamba di muka bumi ini"

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis..

"Ya Khatamul Anbiya!


Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian
manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak
salah seperti mereka, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.


Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.


Hamba cabutkan i'tiqad anak Adam supaya menjadi kafir .
Sebagaimana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran agar mereka kuat memegang agama Islam;
begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kekafiran,murtad atau munafiq.


Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan yang benar kejalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.

Soalan Nabi kedua

"Hai Iblis! betapa perbuatan kamu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan
kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya
hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.


Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka.


Hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.


Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan.
Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya.
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.
Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.


Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan halang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.


Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya.


Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat.


Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ketiga

"Hai Iblis! mengapa kamu bersusah payah dan berpenat
melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan
menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah?

Hai kutuk Allah!
Siapa yang menjadikan kamu?
Siapa yang panjangkan usia 
 kamu?
Siapa yang menerangkan mata  kamu?
Siapa yang memberi pendengaran  kamu?
Siapa yang memberi kekuatan anggota badan  kamu?"

Jawab Iblis

"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.
Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.


Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.


Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.


Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh.
Hamba berasa sakit hati.


Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari.
Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.
Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.


Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.

Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.
Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.


Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang
lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai
hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak
dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia,
kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.


Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan
melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.
Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu.

Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

klik..sambung part 3..



No comments:

Post a Comment