Saturday 21 May 2011

SELAMAT HARI GURU

Alhamdulillahi Rabbil Alamin.Wassolatu wassalaamu ala Rasulillah wa 'ala aalihi wasahbihi ajmain.

Guru2 yang saya kasihi,
Selamat Hari Guru pada anda semua.Berbahagialah..kerana Allah swt sentiasa bersama anda.Bukankah mengajar itu profession para nabi dan rasul?





Didalam surah Al Fussilat ayat 33, Allah berfirman..
Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata..Sesungguhnya aku termasuk orang2 muslim..







Guru2 yang saya kasihi,

Pengorbanan masa dan tenaga anda tetap dikenang murid hingga akhir hayat.Petunjuk anda tidak ternilai.

Rasulullah saw mengumpamakan guru2 bagaikan bintang2 dilangit.Ia menjadi penyuluh diwaktu kegelapan bagi para musafir dilautan dan didaratan.Apabila bintang2 itu tenggelam, maka para musafir itu pun mulalah tersesat jalan.

Guru2 yang saya kasihi,
















Anda juga sangat didengki oleh Iblis la'natullah. Pernah diceritakan oleh Rasulullah saw, diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA,

Pada suatu ketika, didalam perbarisan rutin syaitan bersama Iblis,syaitan2 bertanya Iblis..

'Wahai penghulu kami, kenapakah ketika matinya seorang 'abid , dikau tak segembira matinya seorang 'alim?
 Maka iblis pun mengutus syaitan2 itu pergi berjumpa para abid ditempat2 ibadah mereka dan mengajukan satu soalan. Mereka pun pergi kepada abid2 dan pura2 beribadat bersama. Setelah beberapa lama beribadat bersama, mereka pun mohon izin untuk bertanya satu soalan....

Wahai sang abid, pada pendapat kamu, bolehkah Allah SWT memasukkan seluruh bumi ini kedalam sebiji telur?

Maka sang abid yang sibukkan masanya dengan beribadat sendirian, pun berkata, mengikut logic dan rationalnya... 'Mustahil!!'

Syaitan2 itupun kembali kepada Iblis menceritakan peristiwa itu.Iblis pun berkata.
.Kamu lihat? Para abid ni lebih kurang macam kita saja..sama2 masuk api neraka ..

Sekarang kamu pergi ajukan soalan yang sama pada orang2 'alim.
Maka syaitan2 itu pun pura2 menghadiri kuliah2 orang2 'alim.Setelah beberapa lama, mereka pun ajukan soalan...

Wahai orang 'alim, pada pendapat kamu, bolehkah Allah memasukkan seluruh bumi yang besar ini kedalam sebiji telur yang kecil?

Maka orang 'alim pun menjawab...Sudah tentu !! Bagi Allah, apabila Ia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata...KUN FA YAKUN..

Syaitan2 itu terus kembali kepada Iblis untuk menceritakan peristiwa itu. Maka berkatalah Iblis..

 Kamu lihat? Kita tak dapat nak tipu orang2 'alim.Sudahlah begitu, mereka mengajar pulak kepada manusia lain. Mereka hanya menyulitkan kerja2 kita untuk menyesatkan manusia. Sebab itulah aku sangat2 gembira dengan kematian orang2 'alim.


Wahai guru2 yang saya kasihi,
Betapa besarnya peranan anda meyelamatkan umat dari kesesatan.














Rasulullah saw bersabda.

Sesiapa berdukacita atas kematian seorang alim, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid."

SYABAS DAN TAHNIAH .SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


Click Here For Photos



Wednesday 11 May 2011

RAHSIA IBLIS..Part 10


klik...part 9..

Soalan Nabi ke 39

Hai Iblis! Siapakah yang menyokong kamu?

Jawab Iblis 


 Orang yang tidak bertaubat dari dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa.
Ya Nabi Allah! Bahawa telah hamba binasakan sekelian manusia dengan pelbagai dosa maksiat maka sukalah hamba.
Tiba-tiba mereka mengucap kalimah Lailahaillallah dan beristighafar, maka binasalah hamba kerana ucapannya itu.

  Lagi satu keuntungan besar hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul-siul.
 Mereka itu adalah anak buah hamba.
 Kerana pada masa hamba dibuang ke dunia ini dahulu, hamba mengembara dan berjalan dengan bersiul-siul.
 Orang yang bersiul-siul itu adalah penghibur Iblis dan syaitan, tetapi orang yang azan itu penghambat Iblis dan syaitan kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka.

Soalan Nabi ke 40


Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar kamu kerana aku telah dibangkitkan oleh Allah ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kekufuran kepada beriman, daripada gelap-gelita kepada terang benderang...

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke Hadrat Allah dan berkata:


Ya Rabbi! Demi kemuliaan Mu, sentiasalah hamba akan berusaha bersungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama nyawa ada di dalam batang tubuh mereka itu...hamba jadikan pemuda pemudi bercampur dan berkenalan supaya senang hamba mencelah di antara mereka.

Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t :


Hai Mala'un! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu, bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni akan dosa umat Muhammad, selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu.

  Maka kata Nabi, 

Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?


Jawab Iblis

Ya Rasulullah! Bahawa hamba sangat ajaib melihat dua perkara sekelian hamba Allah.

 Yang pertama mereka mengaku kasih akan Allah padahal pula mereka taat akan hamba dengan berbuat maksiat.

Yang kedua mereka sangat marah akan hamba tetapi mereka menurut juga hasutan hamba.

Maka datang lagi firman Allah s.w.t :

Hai Mala'un! Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku anugerahkan umat Muhammad dua kebahagian iaitu
  •  kasih mereka  akan Daku iaitu Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka itu   kerana perdayaan engkau.
  •  mereka itu marah kepada engkau, Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi mereka itu yang telah berbuat maksiat kepadaKu.
Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi Allah Al-Ghafurur Rahim.

ALLAHU AKBAR ..sesungguhnya hidup dan mati kami hanyalah untuk menyembahMu..

cr: bentengjiwa



RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS..Part 9


sambung dari part 8...,disini...

Soalan Nabi ke 33


"Hai Iblis! Jika mati seorang ulama, bagaimana  keadaan kamu?"

Jawab Iblis 

 "Bertambah subur dan bertunaslah kerja hasutan hamba,

Maka kata Nabi

 "Sesiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid."

Tambah Nabi

 Akan datang waktu..umatku akan lari daripada ulama.

Setiap orang yang bencikan orang yang mengajar agama itu akan diturunkan oleh Allah dengan 3 bala

  •   Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
  •  Allah akan mendatangkan raja atau ketua yang zalim. 
  • Mereka dikeluarkan daripada dunia dengan tidak beriman.
Soalan Nabi ke 34

"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang berjemaah, bagaimana keadaan kamu?"

Jawab Iblis

 "Sesungguhnya mereka telah menghuraikan simpulan tipudaya hamba"

Soalan Nabi ke 35

"Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat keatas ku, betapa hal kamu?"

Jawab Iblis

 "Mereka telah membelah muka hamba kerana sangat ingat akan tuan."

Soalan Nabi ke 36

"Jika umatku sembahyang Hari Raya, bagaimana keadaan kamu?

 Kerana Allah Maha Besar telah berfirman demikian:

"Hai sekelian Malaikat! Saksikan oleh kamu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan sekelian dosa umat Muhammad; lelaki dan perempuan"
 Apabila telah selesai sembahyang dan kuthbah pula,

 firman Allah :

 "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing.
 Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan Aku gantikan dosa kamu dengan kebajikan."

Jawab Iblis

 "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan pergi sembahyang Hari Raya, maka hamba sangat menanggung dukacita dan penyesalan.
Maka hamba pun bertempik dan datanglah sekelian tentera hamba dan bertanya,

"Hai Raja kami! Siapa tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi? Titahkan kami sekelian untuk membinasakan yang di langit atau di bumi itu!"

Maka kata hamba, "Hai bala tenteraku! Apa yg menyebabkan hamba menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini.
Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah mengkabulkan puasa mereka?
 Tuhan sangat sayang akan mereka dan dikasihankan dengan rahmat, diperkenankan doa akan apa yang dipinta dan diampunkan segala kesalahan mereka.

Hai tenteraku! Goda mereka supaya malas beramal ibadat, bersuka-suka, bermain-main, memuaskan hawa nafsu dengan pelbagai maksiat; agar datang kemurkaan Tuhan kepada mereka dan kelak diturunkan bala.
Kerana itu kemudian akan menyenangkan hatiku.

" Maka pergilah sekelian iblis dan syaitan mengacau umat Muhammad"

Soalan Nabi ke 37

"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), betapa hal kamu?"

Jawab Iblis

"Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun; tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit.
 Maka lemahlah hamba, lalu hamba sapu muka dengan tanah.
 Hai celaka malang diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling pergi."

Soalan Nabi ke 38

"Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis

 "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa membaca doa awal tahun ini, Allah akan memerintahkan dua Malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan ditulis kebajikan di dalamnya kerana membaca doa ini."


sambung... klik sini....part 10..

Tuesday 10 May 2011

RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS ...Part 8

part 7 di sini...


Soalan Nabi ke 27

"Hai Iblis! Aku lihat kamu mengintai di dalam masjid...apa yg kamu hendak buat?"

Jawab Iblis

 "Hamba hendak mengacau dan merosakkan sembahyang orang di situ, tetapi hamba takutkan seorang yang tidur di situ"

 Nabi bertanya, "Mengapa kamu tidak takut kepada orang yang sembahyang itu, padahal dia bermunajat kepada Allah.

 Kenapa pula kamu takut pada orang yang tidur itu padahal dia lalai dan tidak memandang satu apa pun?"

 Jawab Iblis

 "Orang yg sembahyang itu jahil dan amat mudah hamba goda, tetapi orang yang tidur itu alim.
 Jika hamba goda juga, hamba takut orang yang tidur itu bangun lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu"

Soalan Nabi ke 28 

"Hai Iblis! Apakah puji-pujian kamu?"

Jawab Iblis

 "Orang yang menyanyi, berpantun, berpantun-seloka dan sebagainya kecuali orang yang bernazam, berlagu-lagu, bernasyid memuji Allah serta selawatkan Nabi"

Soalan Nabi ke 29

"Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan kamu?"

Jawab Iblis


"Orang yang menipu harta orang, memakan harta anak yatim dan memakan riba' "

Soalan Nabi ke 30

"Hai Iblis! kamu gelapkan hati manusia kerana apa?"

Jawab Iblis

 "Kerana mereka makan minum pencarian haram kerana mereka sudah gelap mata untuk mencari rezeki yang halal. Juga mereka yang tidur meninggi hari hingga tertinggal solat subuh serta memenuhkan perut sekenyang-kenyangnya"

Soalan Nabi ke 31

"Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati kamu?"

Jawab Iblis

"Orang kaya yang bakhil; tidak mengeluarkan zakat pada hamba Allah yang daif.
 Zakatnya dihantar pada orang lain, padahal kaumnya miskin.
 Bahawasanya orang bakhil itu seteru Allah dan yang tak berzakat itu akan masuk ke dalam neraka bersama hamba"

Soalan Nabi ke 32

"Hai Iblis! Siapa yang menyuburkan badan kamu?"

Jawab Iblis

 "Orang yang hasad dengki, orang yang tak belajar peraturan agama Islam dan semua perempuan jahat, perempuan yang mencabul dirinya sendiri dan menjual maruah

sambung part 9..klik disini...


RAHSIA IBLIS...Part 7

part 6 klik sini..

Soalan Nabi ke 23

"Hai Iblis! Siapa pula yang dekat dengan kamu?"

Jawab Iblis

"Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"

Soalan Nabi ke 24

"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan kamu?"

Jawab Iblis

 "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik.

 Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu.

 Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya.

Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."

Soalan Nabi ke 25

"Hai Iblis! Di mana tempat tinggal kamu?"

Jawab Iblis

"Dalam rumah2 berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagai didalam nya.
 Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada kerja syirik itu

Sudah ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat....menunjukkan betapa tipis iman dan pengetahuan mereka"

Soalan Nabi ke 26

"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan kamu?"

Jawab Iblis

"Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpama yang bercampur pemuda dan pemudi"



.sambung part 8 sini..



RAHSIA IBLIS..Part 5

part 4 disini...

Soalan Nabi ke 11

"Siapa yang serupa dengan kamu?"

Jawab Iblis

"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12

"Siapa yang mencahayakan muka kamu?"

Jawab Iblis

"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13

"Apakah rahsia kamu kepada umatku?"

Jawab Iblis

"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
kamu?"

Jawab Iblis

"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka.
Jika tidak, hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.

Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya.Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15

"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya kamu?"

Jawab Iblis

 "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya.

 Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16

"Siapakah orang yang  kamu lebih suka?"

Jawab Iblis

 "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
 Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17

"Hai Iblis! Siapakah saudara kamu?"

Jawab Iblis

 "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula.Lalu hamba ulik dia lena hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

sambung part 6 disini..


Monday 9 May 2011

RAHSIA IBLIS Part 6


part 5 klik disini..

Soalan Nabi ke 18

"Apakah jalan yang membinasakan diri kamu?"

Jawab Iblis


"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19


"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata kamu?"

Jawab Iblis 


Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya

Soalan Nabi ke 20


Apa lagi yang memecahkan mata kamu?

Jawab Iblis


Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'

Soalan Nabi ke 21


Hai Iblis! Apakah yang merantai kamu?

Jawab Iblis


Orang yang berjual beli dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya.

Soalan Nabi ke 22


Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, betapa hal kamu?

Jawab Iblis 


Apabila bertemu dua Islam di tengah perjalanan memberi salam serta dijawab oleh yang lain, maka rasa pecah dada hamba dan hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun sehingga keduanya berpisah.
sambumg part 7.. klik sini..

RAHSIA IBLIS Part 4

 part 3..klik here

Soalan Nabi ke 9

Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada kamu?

Jawab Iblis 
Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba.Tiada upaya hamba melawan mereka dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.
Kerana tuan sendiri telah berkata yang
Sahabat2ku adalah seperti bintang dilangit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.

 Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampirinya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan,

  "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran.Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan..

Barangsiapa menulis Bismillahirrahmanirrahim pada kitab atau kertas dengan dakwat merah,niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. 

Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala.

 Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata
Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.
Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10

Bagaimana tipudaya kamu kepada umatku?

Jawab Iblis
Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama
 yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s
 Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.
Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hala dia ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.

 Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.

Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut  harta dunia, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur.

 sambung part 5..klik


Sunday 8 May 2011

RAHSIA IBLIS..Part 3

part 2 disini...

Soalan Nabi kelima

"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal kamu?"

Jawab Iblis
 "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba.
Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba.
Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. 


Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya,
bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,
 sentiasa hendak cepat habis solat,
 hilangkan khusyuknya matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.


 Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama,penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang.
Itu semua membawa kepada kurang pahala.


 Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu,maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi keenam
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa kamu?"

Jawab Iblis
 "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke tujuh

"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa kamu?"

Jawab Iblis
 "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8

"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal kamu?"

Jawab Iblis

"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.

Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.

 Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. 


 Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi;
 yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.


Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka.Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.
 Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.

 Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan.

 Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

sambung part 4 disini..



RAHSIA IBLIS Part 2


klik sini..part 1..

Soalan Nabi pertama

"Hai Iblis! siapakah musuh utama kamu dan bagaimana aku terhadap kamu?"


Jawab Iblis

"Ya Nabi Allah!

Tuanlah musuh hamba yang paling utama di antara segala musuh hamba di muka bumi ini"

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis..

"Ya Khatamul Anbiya!


Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian
manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak
salah seperti mereka, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.


Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.


Hamba cabutkan i'tiqad anak Adam supaya menjadi kafir .
Sebagaimana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran agar mereka kuat memegang agama Islam;
begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kekafiran,murtad atau munafiq.


Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan yang benar kejalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.

Soalan Nabi kedua

"Hai Iblis! betapa perbuatan kamu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan
kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya
hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.


Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka.


Hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.


Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan.
Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya.
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.
Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.


Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan halang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.


Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya.


Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat.


Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ketiga

"Hai Iblis! mengapa kamu bersusah payah dan berpenat
melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan
menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah?

Hai kutuk Allah!
Siapa yang menjadikan kamu?
Siapa yang panjangkan usia 
 kamu?
Siapa yang menerangkan mata  kamu?
Siapa yang memberi pendengaran  kamu?
Siapa yang memberi kekuatan anggota badan  kamu?"

Jawab Iblis

"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.
Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.


Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.


Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.


Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh.
Hamba berasa sakit hati.


Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari.
Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.
Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.


Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.

Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.
Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.


Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang
lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai
hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak
dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia,
kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.


Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan
melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.
Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu.

Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

klik..sambung part 3..



RAHSIA IBLIS Part 1

RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS KEATAS KETURUNAN NABI ADAM

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu
segala rahsianya,samada yang disukai mahupun yang dibencinya.


Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,

"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.


Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.


Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.

Mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan.

Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam sehingga 3 kali ,tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.


Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:


"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"


Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? 


Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya.


 Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..


Maka sembah Iblis (alaihi laknat),

Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba?
Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?

Maka jawab Nabi dengah marah


Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu?


Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga,


Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau,
Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,


Kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya,


Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya,


dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.


Salam engkau saja ,aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah.


Aku sangat kenal engkau adalah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri.


Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?

Sembah Iblis


Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah.
Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba.
Kedatangan hamba adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata

Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu.

Mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya,
Inilah satu peluang untuk aku menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku. 


click here..sambung part 2


cr:bentengjiwa 


Saturday 7 May 2011

UNITED WE STAND, SEPARATED WE FALL

Together We Stand, Separated We Fall




Alhamdulillah,
Alhamdulillahillazi hadaana li haaza…… Segala puji dan pujian kita panjatkan kepada Allah kerana telah meletakkan kita di atas JalanNya…

Di atas jalan ini, Dia telah meletakkan dua batu asas:

1. Iman kepadaNya
2. Ikatan kasih sesama manusia


Hanya dengan kedua batu asas ini sahaja, tamadun manusia dapat kekal berkembang dengan maju dan makmur. Kerana yang meletakkan batu asas ini, Dialah juga Pencipta manusia dan seluruh makhluk bumi ini

FirmanNya di dalam surah al-A’raaf ayat 54:
…..Ingatlah.. Mencipta dan Memerintah hanyalah Hak Allah

Saudara-saudara IKRAM yang saya kasihi,

Di atas dua batu asas inilah IKRAM dibangunkan.

Asas pertama
Ahli-ahlinya dididik untuk mencintai Allah dan RasulNya serta mentaati setiap perintah dan laranganNya.
Sepertimana yang diceritakan oleh Syeikh Fathi Yakan di dalam bukunya al-Isti’ab, yang membawa maksud,

..Mereka ini ibarat tepung tepung pilihan, dimasukkan ke sebuah kilang roti, dicanai, diperap, dibentuk serta dimasak sehingga menjadi roti yang dapat memberi manafaat kepada manusia lain….





Asas kedua

Ahli-ahlinya juga digerakkan di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Semoga dalam usaha untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini, dapat melatih ahli bergerak dalam susunan yang terancang dan teratur.

Firman Allah SWT dalam surah as-Saf ayat 4:

……dalam barisan teratur,bagaikan satu bangunan yang tersusun kukuh.
Rasulullah S.A.W bersabda :

“Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain, bagaikan satu binaan, saling memperkukuh”.

Having U..




Without U…


Saudara-saudara IKRAM yang saya kasihi,

Teringat saya tentang sebuah hadith Rasulullah saw:

Manusia itu seumpama kelompok unta, ada seratus ekor pun, tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan.’



Maksud Hadith ini ialah bahawa jenis manusia yang berkualiti tinggi yang dapat memberi kebaikan kepada manusia lain, sangatlah sedikit bilangannya.
Lebih-lebih lagi, kebaikan yang dimaksudkan Rasulullah saw itu adalah kebaikan yang menguntungkan kehidupan dunia dan akhirat.

Diharapkan wahai saudara-saudara IKRAM yang dikasihi,

semoga bersegera-segeralah menabur bakti,
menyebarkan cahaya Islam,
demi mendapat redha dan pengiktirafan Allah SWT,
dalam barisan yang tersusun rapi,

berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing

Ma’assalaamah Wa ilal liqa’

KLIK..as-i-was-passing...


PEMERGIAN

Sahabatku Khatijah, ta'ziah diatas pemergian anakanda Aiman semalam.
Allah menginginkan agar dia kembali kepadaNya.
Anak2 kita hanyalah amanah yang dititipkan kepada kita untuk sementara waktu.
Tiba masanya, Dia akan mengambilnya kembali.
Maaf, dalam kehibaan Khadijah, akak tak terasa nak menangis.
Bukan kerana hati keras, tetapi akak terasa lega, Aiman akhirnya terlepas dari kesengsaraan rawatan penyakitnya.
Sebenarnya, tiap kali teringatkan Aiman ketika diwad, akak terbayangkan kesakitan yang ditanggunginya.
Ketika itulah akak menangis dan berdoa....

Ya Allah, rahmatilah Aiman, jangan dibenarkan dia menderita terlalu lama...
Tiap apa yang ditakdirkan Allah, pasti ada Hikmah disebaliknya....
Ada ibu yang punya anak yang menyusahkan hidupnya...penagih dadah misalnya, sangat ingin anaknya dikembalikan kepada Allah.
Ada anak yang sangat baik ketika usia kanak2nya, tetapi setelah dewasa menjadi penderhaka dan pemaksiat.
Kisah itu ada diceritakan didalam Al Quran..Surah Al Kahfi ayat 74, 80, 81.
Khidir membunuh anak muda kepunyaan ibu-bapa yang beriman, sebab apabila anak ini dewasa kelak, dia akan mendorong kedua ibubapanya kepada kesesatan dan kekafiran.
Begitulah, tiap kurniaan Allah itu, kita terima dengan kesyukuran.
Rasulullah saw, mengajar kita 3 jenis doa untuk diamalkan....
  • Ketika ditimpa musibah....Innaa lillahi wa innaa ilahi raaji'un. Allahumma aajirni fii musiibati, wakhluf li khairan min ha


  • Ketika di uji  dengan sedikit kepayahan...Alhamdulillahi 'ala kulli hal

 
  • Ketika mendapat kebaikkan....Alhamdulillah bini'matihi tatim mussolihaat 

PERMULAAN DOSA-SOMBONG/TAKABBUR

Didalam surah al Baqarah ayat 34, Allah SWT mengisahkan 3 golongan hamba2nya dihimpunkan bersama untuk menjunjung perintahNya. Mereka adalah :
  • Malaikat - Allah ciptakan mereka dari Cahaya (Nur)
  • Iblis - golongan jin yang Allah ciptakan dari api
  • Adam - golongan manusia yang Allah ciptakan dari tanah
'Dan ingatlah Kami berfirman pada para Malaikat " Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis..ia ENGGAN dan TAKABUR dan adalah dia termasuk golongan orang2 yang kafir.'
Allah SWT menguji ketaatan hamba2Nya dengan perintah 'sujud pada makhluqNya.'Meskipun perintah itu tidak dapat diterima aqal, namun ketaatan pada Allah, tidak boleh dipilih2. Logik atau tidak, itu bukan ukuran. Yang dituntut ialah ketaatan mutlak.
Itulah ketaatan pertama yang Allah unjurkan pada ketiga-tiga jenis hambaNya.Para malaikat terus sahaja sujud pada Adam. Tetapi Iblis tidak dapat menerima perintah tanpa sebab dan alasan.
Baginya, mana munkin , dia yang Allah ciptakan dari bahan yang mulia, dijatuhkan standardnya begitu rendah sekali. Mana munkin api yang meninggi dan menjulang ditundukkan pada tanah yang dipijak2 dan tempat dihimpunkan segala najis dan kotoran didalamnya.
Itulah pengajaran pertama untuk kita, manusia dan jin. Apabila perintah itu datang dari Allah, mulia mana pun asal usul kita, tinggi manapun darjat dan pangkat kita, perintah Allah tetap UTAMA. Melanggar perintah bermakna, menempah tempat didalam neraka bersama Iblis.
Dikisahkan bahwa 2000 tahun sebelum ciptaan Nabi Adam, bumi ini telah dihuni oleh kaum jin. Mereka dicipta dari api yang berkualiti tinggi. mereka diberi aqal dan nafsu sama seperti manusia. Setelah beberapa tahun tinggal dibumi, mereka mula menderhaka pada Allah dan berbunuh2 sesama sendiri.
BERSAMBUNG........

PERASMIAN KELAS MUFFIN

Anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPAJ Zon 1 dan Zon 6 bersama Belia IKRAM Ampang
Jaya

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN
WASSOLAATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYAI WAL MURSALIN
WA ALAA ALIHI WA SAHBIHI AJMA'IN



Yang dikasihi anakanda Nahdia dan....penganjur progrem kelas Muffin, Ajk2 penganjur, Chef Ida dan rakan, peserta2,hadirin hadirat sekelian,

Assalaamualaikum wa rahmatullaahi wakabaratuh.
Terima kasih diatas jemputan pihak penganjur memberi peluang kepada saya untuk bersama anda.
Dapat semangat muda. Sebenarnya, yang menua itu hanyalah badan kita. Jiwa tak pernah menua.Jiwa tidak ada umur.
Semangat kita yang akan meletakkan standard pada badan kita.Kalau kita rasa tua dan hopeless, maka physical(badan) dan semangat pun jadi tua.Sekiranya kita rasa muda dan berlagak muda,semangat kita jadi muda..(.tapi) kedut2 tetap la ada.. mengikut umur. Yang tu, tak dapat la kita nak control.
Dengan jemputan ini, saya pun berpeluang untuk belajar masak muffin.

Putri2 yang saya kasihi,
Melihat anda, teringat zaman muda saya dahulu....bebas, carefree, sedikit tanggung jawab, kayuh basikal kesana kemari dan ,dan ,dan......
Tetapi waktu ni la juga ramai yang masuk perangkap orang2 yang tidak bertanggung jawab...dadah, aids, pelacuran, Black Metal, ponteng pengajian, cinta monyet dan..dan ..dan..
Perangkap ini kadang2 menjerat mangsanya sehingga mangsa tidak dapat membebaskan dirinya buat selama2nya. Hancur berkecai lah cita2 dan masa depan. Penyesalan yang tidak berakhir...

Putri2 yang saya kasihi,
Kesempatan ini, ingin saya sampaikan sedikit pesanan. Bila ada masa2 terluang atau sedang bertafakur atau sedang bersedih atau sedang terlalu gembira, atau sedang buat apa2 pun, fikir lah sejenak 3 soalan ini.
Masukkan jawapan2 anda dalam ruang soalan2 ini. Kalau jawapannya betul, maka anda tak mudah masuk perangkap. Kalau jawapan anda salah, miracle sahaja yang dapat selamatkan anda.
Tanyalah diri anda...
  • DARI MANA ANDA DATANG ?
  • UNTUK APA ANDA DATANG KE DUNIA INI?
  • SELEPAS MATI, NAK KEMANA PULA?

Putri2 sekelian,
Anda dah dapat jawapannya? Cuba padankan jawapan anda dengan jawapan saya.
  • Kita adalah hasil ciptaan Allah yang Maha Agung.
Ciptaan pertamaNya adalah dari tanah yang dibentuk dengan Tangannya sendiri, ia itu datuk kita,Nabi Adam.
Ciptaan kedua nya, dari rusuk Nabi Adam. Itulah ninda kita, Siti Hawa.
Selepas itu keturunan kita dilahirkan dari perut Ninda Siti Hawa.
Didalam Al Quran, surah As Sajdah, Allah SWT berfirman..
..Yang demikian itu adalah Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, yang Perkasa lagi Penyayang,
Yang mencipta segala sesuatu dengan sebaik2 ciptaan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah,
Kemudian keturunannya dijadikan dari saripati air yang hina,
Kemudian dibentukNya ciptaan itu dengan sempurna dan ditiupkan kedalam nya ROH, dan diciptakanNya pendengaran,penglihatan dan
perasaan, tetapi amat sedikit (manusia) yang bersyukur (berterima kasih kepada Allah).

  • Allah menempatkan kita didunia ini untuk sementara waktu sahaja.
Kita diberi tanggung-jawab untuk mengurus dan mentadbir semua makhluk ciptaan Nya didunia ini.
Istilah yang Allah guna untuk tugas tu ialah ,Khalifah.
Untuk mentadbir dan mengurus, kita perlu juga ada persediaan diri.
Kita perlu jadi hamba Allah yang taat kepada Arahan2 Nya dahulu.
Barulah kita dapat mengurus dunia ini dangan baik.
Jika tidak, dunia ni menjadi huru-hara, seperti yang kita lihat sekarang.

  • Kemudian kita mati
Lepas itu??
Kita akan diletakkan didalam kubur.
Lepas tu kita akan ditinggalkan keseorangan didalam lubang gelap itu.
Allah telah menceritakan bahwa Dia telah mencipta satu lagi alam selepas kematian.
Alam kekal abadi. Semua manusia hidup selama2nya.
Di alam ini, Allah pisahkan antara manusia yang taat dan yang tidak taat kepadanya.
Kumpulan yang taat masuk syurga selama-lamanya.
Kumpulan yang derhaka kepada Allah, masuk api neraka selama-lamanya.

Itulah dia jawapan2nya......jawapan anda pun sama?
Allah berfirman didalam surah Al-Jathiah ayat 26,
"Katakanlah: "Allah menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari Qiamat, yang tiada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Putri2 yang dikasihi,
Jangan lupa pesanan2 saya ini demi kebahagiaan masa depan anda.


DENGAN LAFAZ KALIMAH AGUNG, BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM,
saya rasmikan KURSUS ASAS MUFFIN & BROWNIES ; ANJURAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) MPAJ ZON 1 & ZON 6 BERSAMA BELIA IKRAM AMPANG JAYA.


             






Click for more