Sunday 22 April 2012

WANITA IKRAM AMPANG JAYA

UCAPAN TERAKHIR..

Tempuh ku menjadi ketua wanita ampang jaya berakhir hari ini.
Ku sujud syukur..Alhamdulillah..thank you Allah..
Bukanlah aku tidak suka diberi tanggungjawab .. cuma aku kurang bahagia namaku yang panjang meleret tu tercatit disana-sini..tiap kali ternampak namaku..jantungku berdebar..bahuku terasa berat..

Disini ku turunkan text ucapan terakhirku ..untuk kusimpan..buat khazanah keluarga..dapat jugaklah zuriat2ku mengenali ku..











Alhamdulillahillazi hadaana lihaaza 
Wa maaa kunna linahtadii, lau laa an hadaanallah
Asyhadu alla ilaaha illallah
Wa asy hadu anna muhammadarrasulullah

Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Akhawati yang dikasihi,

Allah berfirman dlm surah Hadid ayat 11

Siapakah yang ingin memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik?

Pinjaman itu bolehlah kita kategorikan kepada..

>> wang ringgit..diinfak dan digunakan untuk jalan Allah
>> harta kekayaan.. apa saja harta yang kita miliki, ada bahgian untuk digunakan dijalan Allah
>> tenaga.. kita utamakan kebaktian kepada Allah dari rehat dan bersenang2
>> masa..kita tidak peruntukkan masa kita untuk berpoya dan enjoy..semuanya untuk Allah
>> ilmu.. ilmu yang kita pelajari..disampai2kan melalui lisan dan tulisan kepada manusia

Bermakna, setiap keupayaan dan kelebihan yang kita miliki yang dikurnia Allah,..kita tidak guna untuk diri kita sahaja..tetapi dikorbankan juga untuk membimbing manusia kejalan Allah.

Tetapi kenapa pinjaman?

...sebab sesuatu yang dipinjamkan, pasti akan dipulangkan balik ..iaitu, Allah pasti akan pulangkan balik apa2 saja yang kita korbankan untukNya.

.maksudnya..

 >> don't worry, whatever you give.. will be returned..
>> Allah bukan nak mintak free- free

Cubalah  bayangkan pulangan yang akan kita perolehi... yang meminjam itu seorang yang kaya-raya dan pemurah!!

Cubalah bayangkan..Allah swt, pemilik setiap harta yang ada dilangit dan dibumi..yang maha Pemurah lagi Penyayang..cubalah bayangkan berapa kali ganda pay-back yang akan diberiNya ??!!

Dalam ayat seterusnya, ie ayat 12, Allah swt berfirman

Pada Hari itu, kamu akan melihat mu'minin dan mu'minat, cahaya mereka bersinar dihadapan dan disebelah kanan mereka.

..iaitu..pinjaman yang Allah minta itu bukan dari kaum mu'minin sahaja...mu'minat sekali!!

Akhawati yang dikasihi,

klik disini..together-we-stand-separated-we-fall.html

Untuk makluman ahli baru..jemaah kita dibina atas 2 asas..

1  Ahli2nya akan dididik dengan ilmu2 asas Islami...ini adalah persediaan dan bekalan

2  Akan ada satu peringkat, mereka akan diguna-pakai untuk fii sabiilillah..iaitu mereka akan diserap menjadi pekerja2/ jawatan kuasa dimedan2 dakwah dan kebajikan seperti tarbiyah, khidmat masyarakat, dakwah non- muslim, aqsa syarif, pendidikan, pemuda..

Oleh itu tiap ahli hendaklah kenal pasti  potensi masing2 dan pilihlah mana2 medan yang mereka ingin menyumbang tenaga...

..begitulah pada zaman nabi saw..ada sahabat yang dikhususkan berjuang dimedan peperangan saperti Khalid Al Walid, ada yang dilatih khas untuk berdakwah seperti Muaz bin Jabal, ada yang tinggal bersama dengan nabi saw dan mereka mejadi perawi2 hadith seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas , Anas bin Malek dan seterusnya..

Akhawat yang dikasihi,

Allah berfirman didalam surah an Nisaa ayat 95

Tidak sama orang2 mu'min yang duduk bersenang (qaa'iduun) tanpa uzur dengan orang2 yang berjuang dijalan Allah...
Allah melebihkan mujahidiin diatas qaa'idiin dengan pahala yang besar..iaitu beberapa darjat daripadaNya, ampunan serta rahmat..

Jadi, buatlah pilihan..nak jadi qaa'iduun..tinggal dirumah dan beribadat.. atau berjuang dijalan Allah..tidak sama penempatan mereka diakhirat kelak..syurga ada 100 tingkat, diantara kedua tingkat, sejauh langit dan bumi..so pilihlah dari sekarang..nak tinggal ditingkat atas atau dibawah..

Bagaimana pula dengan wanita.. boleh berjuang dijalan Allah ??

Hoho..jangan lupa sejarah..

>> manusia pertama beriman pada nabi saw adalah seorang wanita..Khadjah binti Khuwailid
>> manusia pertama mati syahid adalah seorang wanita..Sumayyah
>> tak lupa juga Asma' binti Abu Bakar..membahayakan dirinya.. membawa bekalan makanan ketika
      rasulullah saw berhijrah

Pernah seorang sahabiah bertanya kepada nabi saw..adakah wanita tidak dapat darjat  berjuang dijalan Allah..maka turun lah ayat 195 surah Ali Imran..

Maka Rab mereka memperkenankan permohonannya..'sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan orang2 yang beramal diantara kamu...baik lelaki atau wanita, they are part of each other..mereka2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman, yang disakiti dijalanKu, yang berperang dan yang dibunuh...pasti akan Ku hapuskan kesalahan2 mereka dan pasti Aku masukkan mereka kedalam syurga..'

Akhwat yang dikasihi sekelian,

 Hari ini adalah hari bersejarah.. ditubuhkan sayap wanita ikram ampang jaya ..secara rasmi..

Ketika memilih barisan kepimpinan, pastikan ada sedikit ahli jawatan kuasa yang berumur dan ramai yang muda..orang2 lama ni dah melalui liku2 perjuangan, banyak pengalaman, dah matang tetapi dah uzur, dah out-dated..jadikanlah mereka penasihat dan pembimbing..

Yang muda2 pulak..mereka dynamic, aggressive, full of energy, ambitious tetapi kurang matang..belum ada pengalaman, belum kenal sign-board perjuangan..



Oleh itu, kita blendkan kedua generasi ini...supaya yang muda2 terus maju kehadapan dengan bimbingan orang2 lama..
Sama2lah kita tegakkan panji2 Allah di bumi Ampang jaya....Allahu Akbar wa lillaahil hamd.

Wabillahi taufiq wal hidaayah wassalaamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

9 comments:

  1. From: Faiz Sahri
    Sent: Monday, April 23, 2012 10:12 AM
    Assalamu layakum warahmatullah,
    ukhti Zaharatullaili.
    Ucapan yang baik. Jazakillahu khairan katheera atas sumbangan dan pengorbanan selama ini. Moga kita semua istiqomah ke akhirnya dan kesudahan kita semua husnul khatimah.
    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Ayuh kita terus membantu IKRAM AJ, biar apapun jawatan kita. Amanah dakwah dipikul di bahu setiap orang yang bergelar muslim, pimpinan ataupun tidak :)
    Faiz Sahri

    ReplyDelete
  2. Salmiah Abd Maj
    Monday, April 23, 2012 11:04 AM
    السلام عليكم
    “Sesungguhnya apabila ada harapan orang lain terhadap kita di dalam melakukan kabaikan, maka itu adalah juga harapan dari Allah s.w.t. terhadap kita.” ----- dari seorang ustazah kepada ana.
    -moga ini memberi semangat kapada kita semua, Amin.

    جزاكم الله خيرا كثر

    - والله أعلم -

    ReplyDelete
  3. From: Roslan Mohamad
    Sent: Monday, April 23, 2012 12:05 PM
    Subhanallah, motivating speech...I assume the verbal intonation and word expression yang disertai ketika menyampaikan ucapan ini "power"...banyak jiwa yang sensitif menangis dibuatnya..
    No wonder you're chosen the Ketua Wanita IKRAM (skrg dah ex) di kawasan org seperti Abu Dzar
    Ukhti, I may not know you but I know we are brothers and sisters....thanks for the reminders.

    ReplyDelete
  4. FROM: Hafidzah Mustakim
    Monday, April 23, 2012 3:52 PM
    Salam
    Yes ya ukhti
    Tq jzkk for sharing
    Nice short but sweet and very moving the spirit inside
    Semoga kita sama2 berjuang di dunia dan berjiran di syurga
    Wassalam
    Dr Fizah

    ReplyDelete
  5. ustzh marhamah24 July 2012 at 12:06

    Marhamah Abdul Wahid
    Monday, April 23, 2012 10:49 PM

    Tahniah. Ucapan yg amat bermakna.moga ia menyuntik azam dan tekad. Jzkk atas perkongsian ucapan yg mumtaaz ini.

    Ust Marhamah

    ReplyDelete
  6. wan md suhaimi wan sulaiman
    Monday, April 23, 2012 4:06 PM

    short and precise...Betul tu ukhti,medan luar lagi mencabar dan memerlukan asas dan persediaan yg utuh.

    ReplyDelete
  7. HALIMAH ABDUL AZIZ
    Monday, April 23, 2012 5:46 PM

    Salam.
    Kak laili( jika blh dipanggil begitu),amat tersentuh bila baca teks tu,mcm nak pergi jauh tinggalkan kami.
    Berdebar pun ada sbb mlm ni HS akan ada MPWD nya.
    Semuga kak Laili akan terus menabur bakti.

    ReplyDelete
  8. pauziah arshad
    Monday, April 23, 2012 2:03 PM

    Salam wbr...
    Mabruk!! atas ucapan MANTOPP yg membuat ana terkeduu..
    sbb ana salah sorang yg nama ada di merata tp x efektif & x efisien..
    jauh di sudut hati tamak , nk buat bebanyak?? namun setiap kali nama di panggil, ana x gheti nk beri alasan demi alasan...
    selagi mampu tulang 4 kerat, ana akan cuba sedaya mungkin??
    apa rahsia utk tima 1 sahaja & fokus?? bahu ni mmg melebeh, beratt bebeno tapi kenapa sanggup yer??
    tolong beri tips sikit.. oghang Perak mungkin boleh kongsi kut..

    Pauziah
    mantan KW s alam
    menggamit senjaa....(tapi ada pencen ke dlm arena ni??)

    ReplyDelete
  9. Monday, April 23, 2012 10:29 AM

    Salam,
    Ya betul , dalam kita menerima tanggungjawab ini kadangkala kita kalah dengan nafsu dan godaan syaitan, amat diharapkan peringatan sahabat handai yang sentiasa membimbing dan menjadi benchmark kita bila bergerak.
    Kak Laili, Bad bersyukur dapat bersama-sama Kak Laili.banyak yang Bad belajar semasa LU dahulu , lebih-lebih lagi dapat berinteraksi selaku AJK Negeri. Terimakasih di atas kerjasama diberikan. Bad memohon maaf Kak Laili sekiranya ada terkasar bahasa, bersalah sangka terhadap Kak Laili, kerana kekhilafan Bad.
    Mari kita sama-sama membina kekuatan sayap ini di bawah KW yang baru, gabungan kekuatan yang muda dan yang matang akan memberi satu sinergi tenaga dalam aktivisim di Ampang Jaya.
    Salam ukhuwah

    ReplyDelete