10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah hari2 terbaik disisi Allah swt sebagaimana terbaiknya 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Allah azza wa jalla telah menyediakan barakah serta pahala istimewa untuk muslimin muslimat yg beramal di masa2 itu..
Rasulullah saw bersabda..
..dan haji yang mabrur, tiada balasan baginya nya kecuali Syurga.”
..dan haji yang mabrur, tiada balasan baginya nya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)
Firman Allah SWT:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَش Demi fajar dan malam yang sepuluh......Al-Fajr
Berkata Ibnu Kathir... Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ ... رواه اأحمد، والترمذي، واللفظ له.
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang 10 ini.”
Para sahabat bertanya... Walau berjihad di jalan Allah?
Rasulullah saw bersabda:.. “Walau berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].
Firman Allah SWT:
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ. [سورة الحج: 28]
Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.[Surah Al-Haj: 28].
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari
hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.
Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.
AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT.
Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
Thauban RA berkata.. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda... “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Hadith Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA.
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID...
Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أكْبَر. الله أكْبَالله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
ر . وَلله الْحَمْد.
4 PUASA PADA HARI ARAFAH..
Syaitan Menjadi lebih kecil pada Hari Arafah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding HARI ARAFAH, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar.
Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat."
klik..Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi Allah Al-Ghafurur Rahim.

PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang TIDAK mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa.
5 HARI RAYA KORBAN
(YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH...hari menyatakan kesyukuran..
Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat supaya mendapat pengajaran daripadanya.

6 Amalan kurban
Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah...ia merupakan sunnah Nabi Ibrahim ‘AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Rasulullah saw bersabda..
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”HR Ibn Majah dan at-Tirmizi
CARA MENYAMBUT HARI2 MULIA..
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim mulia umumnya dengan bertaubat ..meninggalkan segala maksiat dan dosa kerana dosa akan menyekat seseorang dari mendapat rahmat Allah swt dan menjauhkannya dari Tuhannya.
Nabi SAW bersabda.
“Sesungguhnya Allah mencemburui ( tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi).
Nabi SAW bersabda.
“Sesungguhnya Allah mencemburui ( tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi).
2. Perbanyakkan amal soleh dan berharap bersungguh2 keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT ..Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik. [Al-Ankabut: 69].
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!
Sabda Rasulullah SAw...
“Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.”
[HR Muslim].
“Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.”
[HR Muslim].
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Salam.. terjumpa site ni.. sangat baik dgn ilmu. Alhamdulillah..Terima kasih.
ReplyDeleteSherryna,
http://shawlsntudung.yolasite.com
alhamdulillah terima kasih..peringatan utk saya sebenar nya tp kongsi2 gak..ilmu Allah kene pakai ramai2..baru meriah..
ReplyDelete..nak buat kenduri ke Kak Laili..jgn lupe teman ye
ReplyDeleteYesterday at 09:27
.. tak lupa..akak mkn utk zam
ReplyDelete23 hours ago
Mana achi kak..kata nk diet..
ReplyDelete