Tumpang lalu, ya..nak begambar dgn penganjur n tetamu istimewa
Anakanda Nahdia Arifin..selaku person-in-charge Beliawanis Ikram Ampang Jaya..telah merialisasikan 1st gathering untuk tahun ini..
..bertujuan untuk saling mengenali dan merapatkan ukhuwah dikalangan kumpulan2 usrah beliawanis Ikram Ampang Jaya..
..dan juga berkongsi semangat perjuangan di Palestin
..dan sedikit tazkirah...persediaan menghayati ramadhan yg mulia
Syabas Nahdia....satu usaha yg berani dan kreatif..
Alhamdulillah..segalanya adalah diatas kehendak Mu jua..
.so..hari ni..1st time jumpa..
Terima Kasih kpd Butik Tasbeeh Taman Permata...cantik dan selesa.
...terima kasih daun keladi..lain kali ajak la lagi..
Bermula lah tazkirah malam hari..
..Ramadhan yg dinanti2kan..
Penyeri majlis..Heliza sweet-sweet..
...bercerita pengalaman nya di Gaza, Palestin
...dengan lughat kedah nya
..memang interesting..
..mula2 duduk..then berdiri..hehe..panas panas!!
..nak cakap sampai pagi pun ..no problem
..kami sedia mendengar..
Mengikut imam al ghazali..penentuan pahala bg setiap amal itu bergantung pd sebab2 yg menggerakkan
amal itu..
Sepertimana sabda nabi saw..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
رواه البخاري ومسلم
Barangsiapa yg berpuasa ramadhan kerana didorong imannya dan semata2 mengharapkan ganjaran
dari allah..niscaya diampuni segala dosa masa silamnya.
Barangsiapa yg mendirikan malamnya dibulan ramadhan...kerana didorong imanya dan semata2 mengharap ganjaran dari allah semata2...niscaya diampuni dosa2nya yg telah lalu.
....sahih Bukhari Muslim
klik disini..solat-tarawih
Puasa yg rugi
Bersabda nabi saw..
Berapa ramai yg berpuasa... mereka tidak mendapat apa2 pahala kecuali berlapar sahaja dan berapa ramai yg qiam..mereka tidak dapat apa2 kecuali hanya berjaga sahaja
Bersabda nabi saw..
Bukan lah puasa itu menahan makan dan minum (semata)..sesungguhnya puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan perkara2 keji.
Bersabda nabi saw..
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan amalan buruk..maka allah tidak berhajat dia meninggalkan makan dan minumnya.
Sama2 kita usahakan..Semuga kita tidak termasuk golongan ini...aamiiin
Puasa sebenar
Allah berfirman..Wahai orang2 beriman..diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan
atas orang2 sebelumkamu..agar kamu bertaqwa.
Sunnah puasa telah ditentukan dan diamalkan oleh org2 mu'min sejak dahulu kala lagi..
Dan tujuan atau puasa itu adalah supaya orang2 beriman bertaqwa pd Allah swt
Mengukut sayidina Ali ra .. Taqwa itu ialah..
الخوف من الجليل... takut pd allah yg maha mulia
والعمل بالتنزيل ... beramal dgn al Quran
والقناعة بالقليل ... berpuas dgn yg sedikit
والإستعداد ليوم الرحيل.. membuat persediaan utk hari pertemuan
..orang2 bertaqwa itu..sangat takut melanggar perintah Allah
..orang2 bertaqwa itu...akhlaq mereka indah...disenangi semua makhluq
..orang2 bertaqwa itu...lidah dan hati mereka sentiasa berzikir, beristighfar
..semuga berlalu ramadhan..dosa2 kita di ampuni semuanya..taqwa kita meningkat..
Seperti kembali dari Haji Mabrur..kembali suci bersih seperti bayi...
Tidak lah susah sangat nak memahami taqwa....Taqwa tu..tunduk di hadapan pencipta kita n tunaikan semua perintah Nya..tanpa alasan tanpa bantahan..
Konsep Puasa
Bersabda nabi saw,
الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين
Sesungguhnya puasa itu benteng..jika seorang dari kamu berpuasa..maka janganlah bercakap keji
..jangan berbuat bodoh..jika ada orang ingin bertengkar atau mencabar nya..katakan lah..
..aku sedang berpuasa.!!
Maksud puasa adalah..mengawal atau mencegah setiap anggota badan dari melakukan perkara2
yg dibenci allah..
Puasa adalah perisai atau benteng bagi keinginan syahwat insaniah bermahara-lela..
...kerana didalam hati manusia ada pintu dan tempat2 untuk syaitan dan malaikat..masuk dan keluar..
..syaitan memasukki hati manusia dengan mengenderai syahwat insaniah..
..dan diantara laluan itu ialah perut yg terlalu kenyang..
))إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم فضيقوا مجاريه بالجوع((
Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam badan anak adam melalui saluran darahnya, maka sempitkanlah laluan syaitan itu dengan berlapar.”
..hadith riwayat bukhari, muslim
..hadith riwayat bukhari, muslim
...meninggalkan makan , minum dan jima'
...menahan mata dari melihat dan memandang hal2 yg di benci allah
...menahan lidah dari mengucapkan kata-kata yg tidak bermanafaat dan yg dibenci allah
...menahan telinga dari mendengar perkara2 yg haram
..menahan kaki berjalan ketempat di benci allah
...menahan tangan dari perbuatan2 yg dibenci allah
Bersabda nabi saw,
Ada 5 perkara yg boleh membatalkan puasa..iaitu menipu, mengumpat, mengadu domba,
sumpah palsu dan melihat aurat dgn penuh nafsu.
Hati juga wajib berpuasa...sedikit saja niat buruk hinggap di hati..boleh merosakkan puasa..
Puasa yang paling baik dan paling tinggi martabatnya adalah puasa yg dapat mencegah hati dari menyembah selain Allah. Caranya adalah dengan meninggalkan cinta dunia,mengharap dan menginginkan hanya cinta dan redha Allah ..kerana Allah ciptakan manusia hanya untuk diriNya sahaja..
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
Tidak Aku cipta jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah Ku
Hati manusia diciptakan untuk merindu Pencipta Nya..tidak mencintai dan tidak mengingini selain dari pencipta Nya..disitulah terletaknya hubungan rahsia antara manusia dengan pencipta Nya sebagaiman firman Allah ...
Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada sesuatu yg menghidupkan kamu.. dan ketahuilah sesungguhnya Allah membetengi manusia dgn hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan kembali.
Puasa hati akan terbatal jika ada cinta selain Allah...sebab Allah berfirman didalam hadith qudsi..
Dia meninggalkan makannya, minumnya dan syahwatnya kerana Aku..
puasanya khas untuk Ku.. maka Aku sendiri yg akan memberikan ganjaran untuknya..
Riwayat Al-Bukhari
klik disini...jewel-in-box...
Ganjaran Puasa
Dari sahal bin sa'ad r.a.. rasulullah saw bersabda ..
فى الجنة ثمانية ابواب فيها باب يسمى الريان لا يدخله الا الصائمون
فى الجنة ثمانية ابواب فيها باب يسمى الريان لا يدخله الا الصائمون
Di dalam syurga ada sebuah pintu
yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga itu pada
hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa
..sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan.. mereka akan dipanggil..
Wahai orang-orang puasa! masuklah melalui pintu itu..
Setelah orang yang terakhir masuk.. pintu itu segera ditutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya .. Muslim
..sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan.. mereka akan dipanggil..
Wahai orang-orang puasa! masuklah melalui pintu itu..
Setelah orang yang terakhir masuk.. pintu itu segera ditutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya .. Muslim
Dari Abu said al-khudri ra, katanya Nabi saw bersabda..
" Setiap orang yang puasa
satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000
musim"
klik disini...salam-alaika-ya-ramadan...
Makan Sahur..
klik disini...salam-alaika-ya-ramadan...
Makan Sahur..
..ia membezakan puasa kaum muslimin
dengan puasa yahudi dan nasrani..
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash,
sesungguhnya Nabi saw bersabda..
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ
أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur..riwayat Muslim
Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur..riwayat Muslim
.. pada sahur itu ada
keberkatan..
Sabda Nabi saw,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Bersahurlah.. kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan ...Bukhari dan Muslim
Sabda Nabi saw yang
diriwayatkan oleh imam ibn hibban..
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ
تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ
Sahur itu adalah berkat..maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air...
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Sahur itu adalah berkat..maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air...
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
..sesungguhnya Allah dan para malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.
Malam lailatul Qadar..
Malam Al-Qadar tu lebih baik dari seribu bulan.. Al-Qadr : 2
Disebutkan di dalam sebuah
hadith..
Adalah nabi saw.. beribadat dengan ber sungguh2 di sepuluh malam terakhir ramdhan.. tidak sebagaimana baginda di
malam-malam yang lain.. riwayat Muslim
Sebuah lagi hadis menyebut..
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة
القدر خلالها
Adalah nabi saw beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya ...riwayat al-Bukhari & Muslim
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل
وأيقظ أهله وشد مئزره
Apabila telah masuk 10
terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya
dan mengetatkan kainnya...Bukhari dan Muslim
klik...lailatul-qadar...
Mengakhiri majlis..Memanjatkan Du'a..semuga Allah ikatkan hati2 kami dengan kasih sayang fillaah..dan semuga dihimpunkan juga kami sekali lagi di syurga nya..besama al anbiyaa' wal mursaliin....aamiin
insya Allah..dimasa akan datang, kita sambung lagi..
Ma'as salaamah..
klik...lailatul-qadar...
Mengakhiri majlis..Memanjatkan Du'a..semuga Allah ikatkan hati2 kami dengan kasih sayang fillaah..dan semuga dihimpunkan juga kami sekali lagi di syurga nya..besama al anbiyaa' wal mursaliin....aamiin
insya Allah..dimasa akan datang, kita sambung lagi..
Ma'as salaamah..
No comments:
Post a Comment