GOOD-BYE DUNIA...forever..part 5 (cont)
Bersambung kisah roh mu'min dibawa kembali kebumi setelah melihat tempatnya disyurga..
...lalu dia menyaksikan pemandian jasadnya, pengusungannya kekubur serta pengkebumiannya..
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan didalam musnad dan sahih Abu Hatim..bahwa rasulullah saw telah bersabda..
" sesungguhnya simati itu apabila diletakkan kedalam kuburnya, ia mendengar tapak kaki orang2 yang menghantarnya..ketika mereka pulang meninggalkannya.
Sekiranya dia seorang mu'min..
*maka salatnya akan duduk dikepalanya..puasanya akan duduk dikanannya..
*zakat akan duduk dikirinya..
*dan amal2 baik seperti sadaqah,silaturrahim, kebaktian dan kebajikan akan duduk dikedua belah kakinya.`
Apabila ada yang datang dari sebelah kepalanya..maka salatnya akan berkata..' tiada jalan kepadanya'..
apabila ada yang datang dari sebelah kanannya..maka puasanya akan berkata..' tiada jalan kepadanya..'
Apabila ada yang datang dari sebelah kirinya..maka zakatnya akan berkata..' tiada jalan untukya..'
Apabila ada yang datang dari sebelah kedua kakinya..maka segala amalannya yang baik dari sedekah, silaturrahim, kebaktian dan kebajikannya akan berkata, 'tiada jalan kepadanya..'
.... dikatakan kepadanya, 'duduklah..' maka dia pun duduk...
..dan pada ketika itu..diumpamakan seperti matahari yang hampir akan tenggelam.. lalu dikatakan kepadanya lagi, 'orang lelaki yang berada bersama-sama kamu itu, apa kata kamu terhadapnya, dan apa yang kau saksikan keatasnya?
.. dia menjawab, "tunggulah dulu sampai aku selesai solat."
.. berkata para malaikat,'engkau hendak solat..beritahu dulu apa yang kami tanyakan tadi..orang lelaki yang bersama itu..apa kata kamu tentangnya dan apa yanag kamu saksikan keatasnya?'
..lalu dijawab oleh si mayat itu, 'Muhammad? oh, aku menyaksikan bahawa dia itu ialah Rasul Allah dan dia telah datang membawa kebenaran dari Allah.'
.. maka para malaikat pun berkata, 'atas penyaksian itulah kau hidup dan atas penyaksian itu pula kau mati, dan atas itu juga kau akan dibangkitkan, insyaAllah'
Kemudian dibuka untuknya pintu ke syurga, dan dikatakan kepadanya 'inilah tempat tinggalmu dan apa yang disediakan Allah untukmu didalamnya'
Maka si mayat itu merasakan kegembiraan dan kesenangan.. kemudian, dilapangkan pula tempat di dalam kuburnya seluas 70 hasta serta diterangkannya dan dikembalikan jasad seperti sediakala manakala rohnya ditempatkan di dalam tempat naungan yang baik iaitu pada burung-burung yang bergantung-gantungan di pohon syurga.
Baginda seterusnya bersabda... 'itulah firman Allah didalam surah ibrahim ayat 27, yang bermaksud..
"Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh di dalam kehidupan dunia dan akhirat"
Diberitakan pula tentang orang kafir...adalah bertentangan dengan yang di atas sehinggalah dikatakan kepadanya,
surah Taha ayat 124..
'kemudian disempitkan baginya kuburnya sehingga tulang-belulangnya pecah berkecai dan itulah yang dikatakan kehidupan yang sempit yang disifatkan oleh Allah di dalam firmannya..
"Maka sesungguhnya dia akan perolehi kehidupan yang sempit dan kami akan membangkitkannya di hari kiamat dalam keadaan buta".
Didalam riwayat lain.. didalam sahih Abu Hatim..dari Abu Hurairah..
Rasulullah saw telah bersabda..
"Apabila seseorang itu dikuburkan..maka akan datang kepadanya dua malaikat yang hitam legam kebiru-biruan..yang seorang Munkar dan yang seorang Nakir..lalu keduanya akan menyoal..
'Apa kata kamu tentang lelaki yang bernama Muhamad....hingga akhir hadith seperti diatas..
...ref..Ar Ruh..Ibnul Qayyim Al Jauzi
klik...bacaan-talkin.
No comments:
Post a Comment