Monday, 30 July 2012

ZURIAT NABI saw dan KESULTANAN MELAYU 1..raja pasai masuk agama islam


21 july 2011..Hari ni first day ramadhan 1433..SALAM RAMADHAN ..

Kali ni aku ingin share kisah yang memegunkan aku..inilah kali pertama aku baca kisah ni..ramai jugak yang dah tahu..tapi takpa..aku nak share dengan orang2 yang equally blank macam aku..

Buku tu dah lama jugak aku beli..sebab masa tu nak cari clue keturunanku..tentang Kesultanan Melayu..takda kisah tok-nek yang aku cari!!..so aku letak laa balik dalam almari buku aku..sampai dilupakan..

3 4 minggu lepas.. anakku cerita2 tentang ahlul-bait...sebab dia berketurunan nabi saw..ayahnya ada simpan khazanah tu..beruntung nya!! aku cakap dalam hati....aku tak tahu sangat significance ahlul bait ni..aku ni product sistem pendidikkan secular penjajah.. ini ilmu baru bagiku..



Sedang aku kemas buku2ku..nak cari buku nisfu sya'ban sebenarnya..aku terserempak dengan buku berjodol, AHLUL BAIT..Hmmm, fikirku..ada rupanya ilmu ni dalam rumahku..buku tu pun aku dah bukak tapi tak perasan kat tajuk tu ada tulis ahlul Bait.. aku pun relax n mulakan journeyku..tajuk buku tu..AHLUL BAIT RASULULLAH SAW & KESULTANAN MELAYU !!

Itu la yang mengkagumkan ku..Sultan2 melayu ni  or penasihat2 mereka.. kebanyakkan mereka berdarah nabi saw..akhlak dan perjuangan hidup mereka mencontohi nabi saw.. sebab tu la rakyat menjunjung titah perintah Raja..taat pada Raja bermakna taat pada Allah dan Rasul Nya..

Mereka juga dinobatkan oleh Syarif2 Mekah...bernaung dibawah pemerintahan Khalifah Islam..

..pheww! HEBATnya!..Kalau mereka bangun smula..pasti aku akan bersama mereka..

...Tak salah laa ramalan Nostradamus..

Oh..nak haba' skit....ahlul Bait maksudnya..keturunan nabi saw..cucu-cicit baginda dari Hassan dan Hussien..


                                gambar orang2 dahulu kala

Kemunculan ahlul Bait dibumi Nusantara..Pasai

..di mulakan dengan..petikan dari catatan SEJARAH MELAYU karya Tun Seri Lanang..

'Sebermulanya maka tersebutlah pada zaman Rasulullah saw, baginda bersabda pada segala sahabat..

.. Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri dibawah angin, Samudera namanya, maka apabila kamu mendengar khabarnya negeri Samudera itu, maka segeralah kamu pergi kenegeri itu, bawa isi negeri samudera itu masuk islam, kerana dalam negeri tu banyak wali Allah akan jadi, ada pula seorang fakir dinegeri mu'tabari namanya, ia kamu bawak beserta kamu'.

Setelah beberapa lamanya kemudian daripada sabdanya nabi saw..maka terdengarlah kepada segala negeri datang ke Mekah..pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruh  sebuah kapal membawa segala perkakas kerajaan..alat kebesaran di Raja.. seraya disuruhnya singgah dinegeri Mu'tabari..adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.

Maka kapal itu pun belayarlah, ia singgah dinegeri Mu'tabari. Adapun raja dinegeri itu, Sultan Muhammad namanya..

Adapun Sutan Muhammad itu dari anak-cucu Abu Bakar as siddiq ra. ( Menurut sumber lain, sultan muhammad adalah seorang raja yang asyik belajar agama sehingga baginda menjadi seorang sufi dan
dipanggil orang sebagai 'Fakir Muhammad' ).

..Maka baginda pun bertanya..'Kapal dari mana ni?'
Maka sahut orang dari kapal..' Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Samudera..kerana kami pergi dengan sabda nabi saw '.

Setelah didengar olih Sultan Muhammad sabda rasulullah saw itu, baginda menobatkan anaknya yang tua menjadi raja mengganti dirinya.Maka baginda dan anaknya yang muda, mengenakan pakaian rakyat  biasa, meninggalkan kerajaan Mu'tabari, turun dari istana lalu naik kapal itu.

Kata baginda..'Kamu bawalah hamba ke negri Samudera.'
Maka berkatalah hati orang2 diatas kapal itu..' Mudah2an inilah fakir yang seperti sabda rasulullah saw itu.'
Lalu belayar lah mereka..hingga sampai di Samudera..



Maka fakir pun turun kedarat..maka ia bertemu dengan Merah Silu, yang berkarang dipantai..
Maka fakir pun bertanya kepadanya..' Apa negeri ini?
Maka sahut Merah Silu..' Adapun nama negri ini Samudera.'
Maka kata fakir itu..' Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?
Sahut Merah Silu..' Hamba lah pengetua sekelian mereka itu.'

Maka oleh sifakir itu di islamkannya dan diajarinya kalimah Syahadah. Setelah Merah Silu islam, maka Merah Silu pun kembali ke istana nya.

Syahadan pada malam itu, Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan rasulullah saw. Maka sabda rasulullah saw..' ngangakan mulutmu.'

Maka oleh Merah Silu di ngangakan mulutnya..diludahi oleh rasulullah saw mulut Merah Silu.
Maka terjagalah Merah Silu dari tidur. Diciumnya bau tubuhnya seperti narawastu.

Telah siang hari, maka fakir pun turun kedarat membawa Quran. Maka oleh Merah Silu dibacakan
nya Quran itu.

Maka kata fakir itu pada nakhoda kapal..' inilah negri samudara seperti sabda nabi saw itu.'
Maka oleh syeikh Ismail, segala pekakasan kerajaan yang dibawanya itu, semua diturunkannya dari
dalam kapal itu.Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamai Sultan Malikus Saleh.'

Begitulah kisah sejarah berharga..aku cuba maintain keaslian bahasa..ubah sikit2 je..perenggan2kan supaya jadi simple n easy to read..

Sejak pengislaman  Merah Silu dan penobatannya atas titah syarif mekah sendiri, maka sebagai
sebuah daulah islam yang dibawah penaungan syarif mekah..penyebaran islam mulai dijadikan dasar pemerintahan negara.. kerana pada masa itu dakwah islamiyyah merupakan teras pemerintahan Khalifah dan syarif2 Mekah.

Oleh itu, mana2 negara yang diislamkan dan diberi daulat kepada rajanya, maka di ajarkan kepada raja itu akan tanggung-jawab nya yang pertama dan utama sebagai
wakil Allah dan rasulNya, berperanan sebagai penyambung warisan rasulullah saw...

Sepanjang pemerintahan Sultan Malikus Salih, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara2 Arab..sehingga Pasai menjadi pusat perdagangan islam yang terkenal..menerima pengunjung2 dari dunia Arab, Farsi, India dan Cina.

Sepanjang kewujudan kesultanan Pasai, sebagai pusat islam yang pertama di Nusantara..
13 - 15 masihi..para da'i dan alim ulama' arab telah datang beramai2 menyebarkan islam secara besar2an..hingga terbina tapak dakwah yang kukuh..

Seiring dengan itu..dalam abad yang sama..terjadi peristiwa tragik..serangan dan penaklukan tentera Mongol keatas Pusat kekhalifahan diBaghdad..1258 masihi..

Peristiwa itu menjadi pencetus kepada penghijrahan kelompok ahlul-Bait.. yang datang beramai2 secara langsung khususnya dari tanah hijaz seperti Ta'if, Mekah dan Madinah..Mereka adalah alim ulama' sufi yang bertanggung-jawab menyebarkan islam dengan meluasnya dirantau ini.
Golongan ahlul-Bait bertaraf sufi inilah yang mewujudkan kelompok ahlul-Bait Gelombang Pertama di alam Nusantara.



Ketika ibn Batuta mengunjungi Pasai..ia menemui 2 orang ulama' ..dari Isfahan dan Parsi, membantu Sultan Malikus Zahir..cucu Sultan Malikus Salih..dalam pentadbiran negara. Sultan Malikus Zahir adalah biras ahlul-Bait nabi saw..Sayyid Hussein Jamadil Kubra.

Selepas lebih kurang seabad..kedaulatan kesultanan Pasai mulai malap.. apabila raja yang mengambil alih kuasa dari Sultan Malikus Zahir ke-2..cucunda Sultan Malikus Salih..tersangat muda dan kurang berwibawa. Kerajaan besar..empayar Siam dan Majapahit..telah mengambil kesemptan menundukkan Pasai..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PeriodeNama Sultan atau GelarCatatan dan peristiwa penting
1267 - 1297Marah Silu
Sultan Malik as-Saleh
Hikayat Raja-raja Pasai dan makam raja
1297 - 1326Sultan Muhammad Malik az-ZahirKoin emas telah mulai diperkenalkan
1326 - 1345Sultan Mahmud Malik az-ZahirDikunjungi Ibnu Batutah
1345 - 1383Sultan Ahmad Malik az-ZahirDiserang Majapahit
1383 - 1405Sultan Zain al-Abidin Malik az-ZahirDikunjungi Cheng Ho
1405 - 1412Sultanah NahrasiyahRaja perempuan, (janda Sultan Pasai sebelumnya)
1405 - 1412Sultan Sallah ad-DinMenikahi Sultanah Nahrasiyah
1412 - 1455Sultan Abu Zaid Malik az-ZahirMengirim utusan ke Cina
1455 - 1477Sultan Mahmud Malik az-Zahir II
1477 - 1500Sultan Zain al-Abidin ibn Mahmud Malik az-Zahir II
Sultan Zain al-Abidin II
1501 - 1513Sultan Abd-Allah Malik az-Zahir
1513 - 1521Sultan Zain al-Abidin IIIPenaklukan oleh Portugal
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi dengan takdir Allah, muncul pula kesultanan Melayu Melaka..menyambung obor2 penyebaran islam selepas Pasai..

 Kisah ini bersiri..nanti akan ku sambung .. insya Allah..

1..kegemilangan daulah islam kesultanan melayu melaka dengan kerjasama ahlul-Bait

2..penyelewengan..akibat terperangkap dalam modus operandi penjajah..merubah secara halus
peranan mereka..dengan sistem pendidikan secular..hingga mereka menjadi raja tidak berdaulat..

3..keunggulan ahlul-Bait sepanjang zaman




see...part 2




Sunday, 29 July 2012

SOLAT TARAWIH

Atikel kali ni ku tuliskan khas untuk cikgu Halimah, guru Al Amin KL.

Maaf la cikgu..delay2 ni..lupo!!! Minggu lepas lagi,cikgu dah pesan '..post dalam blog, ya akak
..senang saya rujuk..'

Semalam cikgu tanya..baru teringat..tengok muka cikgu cemas je..sebab nak sampaikan tazkirah ni pada hari selasa..

..so subuh2 tadi..dah solat subuh terus usahakan..muka cemas cikgu Halimah duk terbayang dalam kepala....hehe..INSPIRASI..

Akak buat se simple2 nya untuk Halimah..mudah difahami..

Selamat berdakwah, cikgu...kongsi pahala semangkuk ..


 Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati..

Tarawih  disebut juga dengan Qiyamu Ramadan.

Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan solat isya' dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

 Abu Hurairah berkata..Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan solat tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.

Baginda bersabda..Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.


Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan solat.


Aisyah r.a. berkata..Rasulullah s.a.w mengerjakan solat tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-s yang datang  semakin ramai. Pada malam ketiga.. sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi baginda tidak hadir. Besok paginya.. Rasulullah berkata kepada mereka;

“Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.


 Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.


Bilangan Rakaat

Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, beliau menjadikan solat tarawih 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

 Mengikut Aisyah r.a... Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari 4 rakaat.. kemudian baginda kerjakan lagi empat rakaat, kemudian baginda tambah lagi tiga rakaat yakni witir.
Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawih..Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan.

 Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata..

Rasulullah saw bersabda.. Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat.. dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup.

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka.

 Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata,

“Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah.. mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.

Di Masjidil Haram , Makkah, solat terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzu' al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran pada malam ke-29 Ramadan.




Kepada semua pembaca..ku ucapkan RAMADHAN KARIM...semuga Allah pertemukan kita dengan malam LAILATUL QADAR..amiin ya Rabbal aalamiin..taqabbalallahu minna..

ALLAHUMMA BALLIGHNA LAILATAL-QADRI

http://applerosejournal.blogspot.com/2011/08/salam-alaika-ya-ramadan.html

http://applerosejournal.blogspot.com/2011/08/lailatul-qadar.html

Sunday, 8 July 2012

Finding ROOTS

Ketika umur semakin meningkat..hingga hampir sampai tarikh luput..expiry date..teringat nak tinggalkan warisan..cerita2 je..bukan harta karun..itu pun cebisan2..macam2 kisah warisanku..
menarik..smuga dengan usaha sedikit ni, Allah bantuku menambah..Allah sentiasa menolong hambaNya yang berusaha dan bertawakkal ..

Maka apabila kamu telah berusaha bersungguh2, bertawakkal lah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyayangi orang2 yang berserah kepada Nya...Ali imran ayat 159





Second cousin ku..seorang penulis..Subky Abdul Latiff..namanya..dalam Harakah ada tulisan2nya..
Aku terjumpa buku dia kat bookshop MPH baru2 ni, berjodol..Anak Apak..buku baru tu..

Dulu2, masa aku darjah 4, ada tertulis dalam buku sejarah ku kisah 5 beradik keturunan Bugis..gelaran Daeng.. datang  ke Tanah Melayu..dari Sulawesi..celebes island dalam bahasa mat saleh..
Buku tu dalam bahasa Inggeris sebab aku dulu belajar disekolah inggeris, sekolah penjajah.
Aku baca dimulut sebab ayahku..dia speaking..dah memang tabiatnya.. akan duduk ditepiku ketika aku ulang kaji pelajaran .. aku anak pintarnya, hehe..characterku banyak menyerupainya..

Bila aku bacakan kisah tu..terus dia sambung..

"jangan lupa, selama2nya.. mereka adalah keturunan aku..datang  ke Tanah Melayu untuk menolong sultan Perak menegakkan Daulah Islamiah di negeri nya..sebenarnya mereka ini mujahid2 berkuda ".

Terpegun aku mendengarnya..tetapi tak matang lagi nak memahami..

Ketika aku darjah 6, aku bacakan kisah Maharaja Lela membunuh Sir James Birch..terus ayahku berpesan..

" Keturunan aku la yang bunuh jww Birch tu..lepas Sir Birch tu dibunuh, terus je seluruh keturunan aku naik sampan melarikan diri melalui sungai Perak dan mendarat dimuara sungai dekat2 pantai Lumut (now)..Pasir Panjang Laut namanya.
Mereka tebang pokok2 disitu..bina rumah..dan settle disitu..dipagari hutan...supaya tentera British tak dapat kesani mereka ".

Gelaran2 yang ada, dicampak buang demi keselamatan semua..tidak langsung disebut2 keturunan hingga British meninggalkan tanah air. By that time, orang tua2 pun dah gone..berkubur lah kisah sejarah yang berharga..

Terpegun 2nd time la aku..

Itu kisah keturunan ayahku sebelah ayahnya..paternal ancestors.

Sebelah ibunya pulak..maternal ancestors..mereka tinggal di Aceh..dramatik jugak..

Pada suatu malam..mereka serumpun, senyap2 kolek sampan dilautan yang gelap..ikut tiupan
bayu, ikut takdir Ilahi..menuju Tanah Melayu..sebab siang malam mereka diburu penjajah Belanda..
menyorok sana-sini..dari satu tempat ke satu tempat..hingga akhirnya..daratan dah berakhir..land's end..dihadapan ada lautan je...hehe..macam kisah nabi musa alaihissalam pulak..



Dengan perasaan sedih, ayah ku bercerita..waktu pagi, bila sampai dipantai seberang..ramai yang missing in  action..sedikit je yang mendarat bersama..yang lain ..entah kemana..karam ke, drift kepantai lain ke..serah pada Allah saja la..hand-phone pun diorang takda..tak dapat nak kontek-kontek..

Aku pun tumpang sedih..bayangkanlah..kalau terjadi pada famili kita..

Mereka mendarat ditempat bernama Pasir Panjang Laut..agaknya diorang yang bagi nama pada tempat tu..mereka settle dibahagian dalaman sikit..tebang pokok2..bina kampung..tapi masih bina kubu..takut dikesan penjajah inggeris pulak..Belanda dengan Inggeris masa tu, kan berpolisi..
Divide n Rule..maknanya mereka bersekongkol..

Kenapa mereka diburu? itu lah misteri yang aku ingin rungkai..nak main kejar2 pun , mesti ada satu grup jadi polis n satu grup jadi thief..sebab tu la mainan tu bernama police n thief.so penjajah ni jadi polis laa sebab ada kuasa n keturunan ku jadi thief..tapi hakikatnya..penjajah ni polis jahat..macam kisah Rambo tu..aku belum jumpa lagi punca misteri nii..insya Allah satu hari nanti..dengan pertolonganNya..

..aku ingat lagi masa kecik2 dulu..bila balik kampung..terbit je matahari..aku akan ikut pupu-pupu aku kepantai..diorang bawak kambing2 ternakan makan2 angin ..agaknya laa..aku terlalu asyik dengan pantai tu..tak sedar pun kambing2 tu pergi mana..mesti la pergi sarapan pagi, breakfast..lereng pantai tu banyak tumbuhan hijau..



















..pantainya sangat indah..berteluk..so takde siapa dapat ganggu..pasirnya putih bersih..airnya
..Allah saja menjadi saksi..jernih macam cermin..boleh nampak malaikat dilangit..perumpamaan je..
aku rendam tapak kakiku dalam  air sambil berdiri..keliling kakiku ada star fish, belangkas, anak2 kuda laut, anak2 ketam, anak2 ikan dan macam2 lagi..yang hairannya..airnya tak berselut sikit pun, macam pantai ikan ditempat lain...

..ayahku cerita..dulu dia n geng selalu kutip mempelam telur kat pokok tepi pantai tu..air laut tu jadi pencicah.. sambil berenang-brenang..celup mempelam tu dalam air laut..then gigit..masin laut memang ngam dengan kemasaman buah tu..patut la diorang sihat sampai ke tua..

..jauh di ufuk, aku nampak sumatra..

..ayah ku bercerita..kaum ibu keturunan dia n anak2 gadis..bila keluar rumah..pakai telekung..nampak 2 biji mata je bila berjalan..faham la aku..now laa,dulu jahil agama..mereka mengamal syariat islam..

..sebab tu... hatiku reject, bila ustaz cakap..islam datang ke nusantara hanya dalam bentuk ritual saja..ie solat, puasa, haji dan lain2..bukan sebagai way of life..mereka mengamal budaya Hindu..

Hatiku protest..mana mungkin paak!!!..keturunan ayahku di kampung ..mereka n cara hidup mereka sangat islamik..terasa kenyamanan nya..serenity..sakiinah..aku tak pernah dengar sape2 pun meninggi suara..pendek cerita..soooo peaceful, soooo loving, soooo pleasing..syurga dunia!!

Anyway, sambung cerita..setelah lama maternal ancestors ayahku settle n beranak pinak..datang la pulak paternal ancestors ayahku..tercungap2..baru melepaskan diri dari tentera2 British durjana tu..mereka tebang2 pokok, buat rumah2 n settle..berjiran kampung dengan maternal ancestors ayahku..

Mereka pun buang title2..ubah adab n cara pertuturan..

..dah lama2 ..ibu dan bapak ayahku..dijodohkan..ayahnya dari kampung Bugis tu n ibunya dari kampung Aceh..jadi lah biological formula...

darah ayah ku = darah Bugis + darah Aceh

Mengakhiri cerita..formula darahku...sibuk je nak mencelah..

darah ibuku pulak = darah cina ( ibu dia) + darah india (ayah dia)

..jadi, ada 4 bangsa dalam darah ku...

..betapa ruginya aku tak tahu kisah2 sejarah mereka.