Friday 20 January 2012

Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi....part 3

>> sambung from part 2

4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
 Manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin  di Timur. Pernyataan ini disebut oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.
Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam.Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.

Dan telah dikeluarkan oleh Ibni Abi Syaibah dan Nu’aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu’aim dari Ibnu Mas’ud, katanya..

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka... Rasulullah saw berlinangan air mata dan wajah baginda berubah.
Aku pun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, wahai rasul Allah,sesuatu yang kami tidak sukai?”.
Bagnida menjawab ..

 Kami Ahlul bait, telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kerabatku, yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.

5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin dan surah Kahfi,selepas Maghrib di masjid, di musholla atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam hari khamis itu.. beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah menyambut malam yang istimewa. .
Dan memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan malam berpesta...pesta amal dan taqarrub kepada Allah.

Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus... Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itu pun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari lainnya.






Tahun yang disebut.. iaitu tahun 2000 Masihi.. telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam.. maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu.. penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berjuang dan berjihad..untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Sebelum kemunculan islam,Nusantara adalah negara beragama Budha..Hindu..Animisma.Lalu datang wali2 dari negara Arab..
berdakwah dan menegakkan daulah islamiah dikawasan masing2 sehingga hampir2 keseluruhan rakyatnya menganut agama islam.Wali2 ini juga telah berjaya melahirkankan mujahid2 pribumi..yang saling berganding bahu berjuang menegakkan kalimah Allah diNusantara.

Banyak ditemui dibeberapa negeri di Malaysia makam para wali.Dan terdapat mereka2 yang masih menyimpan rajah family tree.. yang silsilah keturunan mereka dari cucu-cicit rasulullah saw...Allahu Akbar

Jika kita perhalusi.. setelah Nusantara dijajah. .. saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara..namun ternyata umat Islam  tidak dapat di murtadkan..terutama dibumi Malaysia..malah pengaruh Islam semakin luas.

Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang awalnya Islam menjadi bukan Islam.

Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datang ketanah melayu...tidak ke China, ke Rome, atau Persia yang waktu itu menjadi Empire? 

Jawabannya adalah karena mereka menagih janji Allah melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kali kedua di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakkan oleh Allah untuk mempersiapkan timur ini...

..wallahu 'alam bissawab..


hmmm...makes sense to me....what do u think?







The end..


see more...sultan Pasai hindu masuk islam

see..sultan melayu melaka masuk islam

Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi...part 2

>>sambung.. from part 1

..Sambung semula kisah...analisa tiap bahgian..
Huraian tentang hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadith, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam.








1. Akan muncul A New World Religion.
 Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah saw di dalam beberapa hadith. Di antaranya.. Sabda Rasulullah saw..
Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang akan menghidupkan urusan agamanya.
 Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani.
Imam as Sayuti berkata.. Para penghafal hadith sepakat mengatakan hadits ini sahih.
 Kita kini berada di awal kurun hijrah ke15, yaitu 1420 hijrah. Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama.
Maknanya kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah saw ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3 masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadith yang lain, bersabda Rasulullah saw..
Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan..(Khulafa' ar Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam. Riwayat Ahmad
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
 Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadith, disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu..
  •  Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah saw, sambil memegang tangan Sayidina Ali.. baginda bersabda...Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi ..Hadith riwayat At Tabrani
    • Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW.. Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukungnya) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salji.
           ..Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim

    3. Dia muncul dari negara yang terletak di pertemuan tiga buah lautan 
    Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah lautan.
    Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Begitulah Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.

    Jika diperhatikan faktor geografi.. Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan itu.
    Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak musuh...akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur.

     Mereka cari negara yang punyai ciri2 sedemikian.. mereka jalankan operasi pemusnahan.. iaitu.. menjajah dan merosakkan fikrah islamiah kaum muslimin..mereka bawa masuk orang2 kafir dari bumi cina dan india...supaya menjadi duri dalam daging kaum muslimin dinegara itu. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam kali kedua... 

    Wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari situlah akan bangkitnya The Man from The East . 

     Mereka  bangunkan pengkalan2 data,di Filiphina dan Singapura... mengintip dan mengumpul rahsia2 kerajaan dan rakyat...dengan mengguna istilah2 seperti army base..naval base..tetapi yg sebenarnya.. semua itu adalah pusat operasi mereka.
    Pergolakan2 keatas pejuang2 Moro Filipina dan Abu Sayyaf, Jamaah Islamiah di Indonesia, muslimin Patani diThailand, muslimin diKemboja.. ..angkara siapa semua itu?

    Filiphina menjadi pusat operasi bagi kaum Nasrani US..manakala Singapura pula.. pusat operasi bagi Yahudi Zionis Israel. 

    Dari kedua tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara.. terutama Malaysia dan Indonesia kerana dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di rantau ini...betapa kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
    Mereka memang telah berjaya memperdaya pemimpin2 islam.. setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perhubungan diplomatik,perdagangan,ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka pada umat Islam dirantau ini.

     >> sambung..part 3

    Thursday 19 January 2012

    Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi...part 1












    Buat pertama kali dalam blogku ni..aku masukkan sebuah rencana yang aku sendiri kurang pasti kesahihannya..tapi disebabkan kisahnya interesting..aku sharekan bersama...kena open-minded laa membacanya...sangat ku harapkan..jangan ada cerdik-pandai agama menyerangku...ini hanya maklumat..
    can be true n can be false..

    Sebelum Rasulullah saw dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan  di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah saw itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.
    Ketika lahirnya Rasulullah saw, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil.Tetapi apabila tiba seruan Islam dari Rasulullah saw, merekalah orang yang pertama menjadi penentang baginda disebabkan iri hati dan dengki...bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.



    Mereka sentiasa berusaha agar umat Islam lupa akan keagungan Islam yang telah dibina oleh rasulullah saw. Mereka palingkan umat Islam dari jihad fi sabilillah kepada cinta dunia.. sehingga   umat Islam menjadi lemah..berperang sesama sendiri..dan lupa siapa musuh sebenar..baqarah:120
    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepada kamu sehingga kamu menuruti millat mereka. Katakanlah..'Sesungguhnya pertunjuk Allah, itulah pertunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu menuruti kehendak mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepada kamu,maka  Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pertolongan bagimu.
    Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.
    Pemimpin mereka berpesan..
    Jika kamu lihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam).. waktu itu seranglah mereka. . jika kamu lihat mereka sembahyang malam.. kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.

     Kini abad baru telah tiba.
    Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalahnya.. sebahagian umat Islam memandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang pendapat ini. Termasuk juga para ulama yang terpengaruh dengan orientalis Barat.

    Keyakinan umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman.. dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka ,Yahudi dan Nasrani, telah bersiap-siaga dengan kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah swt itu.

     Seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya (penulis atikel ni), ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam.

    Kebangkitan Islam berarti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar kepada keadilan.

    Memang secara jelas disebut di dalam hadith..bahwa kita tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila  hadith mendahului ramalan itu..maka ia tidak menjadi ramalan nujum lagi!!.Kajian2 itu dikatakan sebagai ramalan.. hanya untuk mengelabui umat Islam.. Mereka katakan itu ramalan mereka..nostradamus prophecies.. sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.

     Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus... 1503-1566...seorang warga Perancis keturunan Yahudi,tokoh peramal dari Barat yang terkenal.. yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat... menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium.. Prophecies : 1992 to 2001.. beliau meramalkan pada tahun 2000..disebutkan secara khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.

    Menurut beliau..
    1. Akan muncul A New World Religion.
    2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
    3. Dia muncul dari negara yang terletak di pertemuan tiga buah lautan
    4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
    5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
    6. Dia menjadikan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

    Bersambung part 2.. >> next


    Monday 16 January 2012

    RASUKAN SYAITAN DLM MANUSIA

    Terasa kesian pada kenalan2ku yang tidak boleh menerima kisah2 super natural.Bagi mereka itu semua khurafat dan tahyul..boleh jadi sesat..syirik..

    Ada jugak yang menasihatiku untuk bertaubat..sebab ada beberapa atikel dalam blog aku ni..mereka anggap sebagai sesat..dan berbagai istilah lain. Aku pun dah tak ingat..sebab tak pernah aku guna istilah2 tu..

    Disini aku turunkan sedikit pencerahan untuk mereka..tapi sebelum tu, ini pesananku..ilmu yang kita ada ni..hanyalah sedikit..setitis dari beberapa lautan..

    Tak tau tidak bermakna tidak wujud !!!. 

    Impikasinya..kita mesti belajar lagi n lagi n lagi..

    Kalau malas nak belajar ..fine !!..just jangan ban ilmu tu...rugi tau!..itu semua dari Allah..

    Ok..kita teruskan cerita..



    Ibn Taimiyah telah berkata..Para ulama' ahlusSunnah wal Jamaah telah sepakat tentang masuknya jin kedalam tubuh manusia (merasuk).
    Allah swt telah berfirman dalam surah alBaqarah  ayat 275

    "orang2 yang memakan riba..tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang2 yang kerasukan syaitan....."


    Rasulullah saw bersabda..Sesungguhnya syaitan itu berjalan didalam tubuh anak adam melalui saluran darah

    Putera Ahmad bin Hanbal..Abdullah bin Ahmad berkata kepada ayahnya.." sesungguhnya ada satu kaum yang mengatakan bahwa jin itu tidak masuk kedalam tubuh orang yang dirasuknya."

    Imam Ahmad menjawab.."wahai anakku, mereka itu berbohong.Jin itu bercakap melalui lisan orang yang dirasuknya."

    Ibn Taimiyah berkata..

    "apa yang dikatakan oleh imam Ahmad bin Hanbal itu adalah sangat masyhur..

    sesungguhnya jin merasuk seseorang..maka bercakaplah jin itu melalui lisan orang itu..yang tidak diketahui maknanya..dan dipukulnya badan orang itu dengan pukulan yang kuat..yang sekiranya pukulan itu dikenakan kepada unta..niscaya akan meninggalkan kesan yang sangat ketara.orang yang kerasukan..tidak merasakan pukulan itu dan tidak mengetahui apa yang diucapkannya. 

    Kadang2 jin menggerak2 permaidani yang didudukki orang..dan alat2 lain..dan berlaku perkara2 lain yang dapat disaksikan oleh semua orang disitu.

    Tidak terdapat dikalangan pemuka2 kaum muslimin yang mengingkari akan kerasukkan jin ketubuh2 manusia..

    ..dan barangsiapa yang menginkari dan mendakwa bahwa syariat mendusta perkara tersebut..bererti dia telah mendustakan syariat.

    kerana tidak terdapat dalil dalam syariat yang menafikan perkara tersebut.."



    Disebutkan bahwa..yang menginkari masuknya jin kedalam tubuh manusia adalah sebahagian kelompok dari pengikut golongan mu'tazilah seperti al Juba"i dan Abu Bakar ar Razi.

     

      >> continue..part 2

    klik..nabi dakwah jin...


    Monday 9 January 2012

    MIMPI NABI...sambung

    >> 4 jan 2012

    ..telah bersabda rasulullah saw...

    Aku melihat seorang umatku sedang menepis2 bahang api dan percikan2nya dari mukanya, lalu menjelmalah sedekahnya..maka sedekahnya itu menabiri mukanya dan kepalanya dari bahaya api itu.

    Aku melihat seorang umatku sedang diseret oleh malaikat zabaniah kemerata tempat..lalu menjelmalah amar ma'ruf dan nahi munkarnya..lalu menyelamatkannya dari cengkaman malaikat zabaniah dan diserahkannya kepada malaikat rahmat.

    Aku melihat seorang umatku sedang merangkak2 ..antaranya degan Allah ,dipasangkan tabir..lalu menjelmalah akhlaq mulianya ie budipekertinya..lalu memimpinnya sehingga dibuka tabir dan masuklah ia kehadrat Allah swt.

    Aku melihat seorang umatku terheret kesebelah kiri oleh buku catatannya..lalu menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah..lalu menukarkan haluannya kesebelah kanan.

    Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya keatas..lalu menjelmalah anak2nya yang mati kecil..lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

    Aku melihat seorang umakku sedang berdiri dipinggiran jahannam..lalu menjelmalah perasaan gerunnya terhadap siksa Allah..lalu membawanya jauh dari tempat itu.

    Aku melihat seorang umatku terjerumus kedalam api neraka..lalu menjelmalah air matanya yang mengalir kerana  Allah..lalu menyelamatkannya dari api itu.

    Aku melihat seorang umatku sedang meniti sirat (titian) sedang seluruh tubuhnya menggigil seperti goncangan dedaun yang ditiup angin..lalu menjelmalah sangkaan baiknya (husnul-zan) terhadap Allah..lalu mententeramkan gigilannya..dan mudahlah ia meniti hingga kehujung titian.

    Aku melihat seorang umatku meniti sirat ..kadang2 dalam keadaan merangkak dan kadang2 dalam keadaan meniarap..lalu menjelmalah selawatnya keatasku..lalu memegang tangannya dan membimbingnya berdiri serta mengapitnya hingga kepenghujung titian.

    Aku melihat seorang umatku sudah hampir kepintu syurga..tiba2 pintu2 itu tertutup..lalu menjelmalah syahadahnya..lalu membukakan pintu2 syurga itu untuknya sehingga ia masuk kedalamnya.

    ..Berkata al-Hafiz Abu Musa..hadith ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari Said Musayyib,Umar bin Zar dan Ali bin Zain bin Jad'an.

    Semuga riwayat tadi dapat menjadi check-list untuk kita..mana2 amal penyelamat yang belum kita laksanakan..agar kita tidak tersadai dimana2 roadblock pun.Hanya amal tu sajalah yang menjadi pas..no pas no entry !!..
    Pas tu pulak hanya boleh ditempah didunia sahaja..dah masuk je alam barzakh..takda turning back.. NO U-TURN !!
    Harus juga kita ingat.. penjaga2 roadblock tu tidak menerima rasuah macam didunia ni..no way!!..penjaga2nya adalah para malaikat yang sifat mereka, diceritakan oleh Allah swt didalam surah at-Tahrim ayat 6..
    ..penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras..maksudnya..rude and stern..yang tidak pernah mendurhakai perintah Allah ..dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan..

    Ya Allah..kurniakanlah kepada kami taufiq dan hidayah Mu supaya kami tidak tenggelam dan hanyut didalam dunia yang fana ini..amiin ya rabbal alamin

    Thursday 5 January 2012

    MIMPI NABI saw

    Mimpi para nabi adalah juga wahyu dari Allah swt.

    Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Musa al Madini serta diilatkan didalam kitab at Targhib wa Tarhib..
    Diriwayatkan dari al Faraj bin Fudhalah..katanya..telah berbicara kepadaku Hilal Abu Jabalah..drpd Said bin al Musayyib..drpd Abdul Rahman bin Samurah..katanya..' Telah datang rasulullah saw kpd kami..sdg kami berada diSuffah dkt dgn Kota Madinah..lalu berbicara kpd kami..

    'Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam tadi.
    Aku telah melihat seorang dari umatku didatangi Malaikat maut utk mengambil nyawanya..lalu menjelmalah ketaatannya kepada ke2 ibubapanya..lalu menghalang Malaikat maut itu.

    Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni syaitan2..lalu menjelmalah zikrullah..maka terusir syaitan2 itu drpdnya.

    Aku melihat seorang dari umatku diseret malaikat azab..lalu menjelmalah solatnya..maka terlepaslah tangannya dari mereka.

    Aku melihat seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang amat sangat..setiap kali ia menghampiri sebuah perigi..dia dihalangi utk meminumnya..lalu menjelmalah puasanya..sehingga dia dapat minum sepuasnya.

    Aku melihat seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi..setiap kali ia mendekati mereka..ia diusir..maka menjelmalah mandi junubnya..memimpinnya kekumpulanku serta mendudukkannya disisiku.

    Aku melihat seorang dari umatku dikabusi gelap gelita..dihadapannya gelap, dikanannya gelap, dikirinya gelap, diatas kepalanya gelap,dibawahnya juga gelap..sedang ia didalam keadaan bingung..lalu menjelmalah haji dan umrahnya..maka ia mengeluarkannya dari suasana gelap itu kepada suasana terang benderang.

    Aku melihat seorang dari umatku berbicara kpd kaum mukminin..akan tetapi tidak seorang pun melayaninya    ..lalu menjelmalah silatur rahimnya..seraya menyeru kaum mu'minin itu..' wahai kaum mu'minin..sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kaum kerabatnya..sambutlah bicaranya..maka mereka pun berbicara dangannya serta bersalaman dengannya.

    insyallah, nanti akan ku sambung lagi hadith yang panjang ini...

    >> sambung mimpi nabi saw

    Tuesday 3 January 2012

    Mayat Mendengar Tapak Kaki...

    GOOD-BYE DUNIA...forever..part 5 (cont)

    Bersambung kisah roh mu'min dibawa  kembali kebumi setelah melihat tempatnya disyurga..

    ...lalu dia menyaksikan pemandian jasadnya, pengusungannya kekubur serta pengkebumiannya..



    Abu Hurairah ra telah meriwayatkan didalam musnad dan sahih Abu Hatim..bahwa rasulullah saw telah bersabda..

    " sesungguhnya simati itu apabila diletakkan kedalam kuburnya, ia mendengar tapak kaki orang2 yang menghantarnya..ketika mereka pulang meninggalkannya.

    Sekiranya dia seorang mu'min.. 

    *maka salatnya akan duduk dikepalanya..puasanya akan duduk dikanannya..
    *zakat akan duduk dikirinya..
    *dan amal2 baik seperti sadaqah,silaturrahim, kebaktian dan kebajikan akan duduk dikedua belah kakinya.`

    Apabila ada yang datang dari sebelah kepalanya..maka salatnya akan berkata..' tiada jalan kepadanya'..

    apabila ada yang datang dari sebelah kanannya..maka puasanya akan berkata..' tiada jalan kepadanya..'

    Apabila ada yang datang dari sebelah kirinya..maka zakatnya akan berkata..' tiada jalan untukya..'

    Apabila ada yang datang dari sebelah kedua kakinya..maka segala amalannya yang baik dari sedekah, silaturrahim, kebaktian dan kebajikannya akan berkata, 'tiada jalan kepadanya..'

    .... dikatakan kepadanya, 'duduklah..' maka dia pun duduk...

    ..dan pada ketika itu..diumpamakan seperti matahari yang hampir akan tenggelam.. lalu dikatakan kepadanya lagi, 'orang lelaki yang berada bersama-sama kamu itu, apa kata kamu terhadapnya, dan apa yang kau saksikan keatasnya?

    ..  dia menjawab, "tunggulah dulu sampai aku selesai solat."

    .. berkata para malaikat,'engkau hendak solat..beritahu dulu apa yang kami tanyakan tadi..orang lelaki yang bersama itu..apa kata kamu tentangnya dan apa yanag kamu saksikan keatasnya?'

    ..lalu dijawab oleh si mayat itu, 'Muhammad? oh, aku menyaksikan bahawa dia itu ialah Rasul Allah dan dia telah datang membawa kebenaran dari Allah.'

    .. maka para malaikat pun berkata, 'atas penyaksian itulah kau hidup dan atas penyaksian itu pula kau mati, dan atas itu juga kau akan dibangkitkan, insyaAllah'

    Kemudian dibuka untuknya pintu ke syurga, dan dikatakan kepadanya 'inilah tempat tinggalmu dan apa yang disediakan Allah untukmu didalamnya'

    Maka si mayat itu  merasakan kegembiraan dan kesenangan.. kemudian, dilapangkan pula tempat di dalam kuburnya seluas 70 hasta serta diterangkannya dan dikembalikan jasad seperti sediakala manakala rohnya ditempatkan di dalam tempat naungan yang baik iaitu pada burung-burung yang bergantung-gantungan di pohon syurga.

    Baginda seterusnya bersabda... 'itulah firman Allah didalam surah ibrahim ayat 27, yang bermaksud..

     "Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh di dalam kehidupan dunia dan akhirat"

    Diberitakan pula tentang orang kafir...adalah bertentangan dengan yang di atas sehinggalah dikatakan kepadanya,

    surah Taha ayat 124..

     'kemudian disempitkan baginya kuburnya sehingga tulang-belulangnya pecah berkecai dan itulah yang dikatakan kehidupan yang sempit yang disifatkan oleh Allah di dalam firmannya.. 


     "Maka sesungguhnya dia akan perolehi kehidupan yang sempit dan kami akan membangkitkannya di hari kiamat dalam keadaan buta".

    Didalam riwayat lain.. didalam sahih Abu Hatim..dari Abu Hurairah..

    Rasulullah saw telah bersabda..

    "Apabila seseorang itu dikuburkan..maka akan datang kepadanya dua malaikat yang hitam legam kebiru-biruan..yang seorang Munkar dan yang seorang Nakir..lalu keduanya akan menyoal..

    'Apa kata kamu tentang lelaki yang bernama Muhamad....hingga akhir hadith seperti diatas..

    ...ref..Ar Ruh..Ibnul Qayyim Al Jauzi



    klik...bacaan-talkin.